Rasa penat memberitahu diri sendiri keep
moving sedangkan hakikatnya kita sedang berperang dengan diri sendiri. Katakan tidak
bukan jalan terbaik tetapi untuk kata ya ibarat mempertaruhkan diri kepada
sesuatu yang sangat tidak pasti.
Rasa penat yang terlalu penat buat kita kadang kadang mudah
mengalah. Mudah melihat pengakhiran dari mencari jalan penghujung yang paling
terbaik. Keep telling yourself about you are doing good enough is not enough because
in reality you know it better than anyone. So the pressure you feel it
yourself.
You can’t even talk. Rasa nak meluah terlalu menebal tetapi
mulut sudah terkunci rapat kerana arahan hati dan logic yang sedang
bermaharajalela dalam mengatur jalan kaki yang melangkah. Sedangkan badan yang
menanggung merana dan perasaan yang menahan sudah mahu pecah tak terluah.
Hati sakit yang tak ada doktornya. Kepala sesak yang tak ada
redanya. Hari hari semakin kelam. Arah tuju semakin kabur . sudah jauh dari
jelas duduknya keputusan. Sunnguh meronta segala rasa ingin menghambur segala
lelah namun ada sesuatu yang menahan agar ia kemas di dalam supaya tidak akan
keluar sesuatu yang tidak sepatutnya
Mengikut letak duduknya sesuatu keputusan jangan di akhiri
dengan kemarahan ,tekanan yang tidak dibendung, tidak sabar yang tiada
penghujung kerana selalunya akan dikesali dengan ketidakpastian yang sia sia.